Monday 12 December 2011

Rose Mantou

Ni satu lagi entry khas untuk Misz Shima....
Harap-harap agar adik dapat buat surprise untuk abang on his big day nanti....Musti semua orang tertanya-tanya kuih apa lah pulak yang cun ni....Nanti semua orang sayang nak makan pau tu. It happened to me actually. Everybody wonder what is this? Once they tried, laaaaaaa pau rupanya.....
     Itu yang seronok masak-masak ni sebenarnya. Adik akak yang bongsu tu, first time dia tgk, kuih mende ni, katanya. Pastu, dah masuk mulut, eh sama ngan kuih pau yg selalu dia beli kat depan Masjid Kubang Kerian tu....hak hak hak.....lawak jer rasa....
     Post ni adalah projek kolaborasi guru2 PMR untuk program lepas PMR di SMKJ....So, muka-muka yang terdapat dalam entry ni sume adalah guru2 SMKJ yer...
     Ok....apa-apa pun shima, do your best ok...






ROSE MANTOU

250 gm keledek manis warna purple/kuning - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut



Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

Untuk buat pau ros ikut cara ni...

Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan.


Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih.

Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. (kacang merah-boleh dibeli di kedai2)
Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.

Sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah
Gulungkan doh.


Untuk mengelakkan inti dari terkeluar, gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh.
Kemudian gulung doh hingga hujung.

Potong doh yang telah kita gulung




Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.



Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.


Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda

Doh yang telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.





Kukus pau selama 10-12 minit



Yang ni versi purple....




No comments:

Post a Comment